Thursday 31 March 2016

Usahawan yang menjadi idola kami

Assalamulaikum dan selamat sejahtera..


Tokoh perniagaan berjayaPuan Rozita Ibrahim - Pengasas dan Pemilik Sendayu

 Tinggi 








Latar belakang


Puan Rozita adalah anak kelahiran Sungai Besar , Selangor. Beliau telah dibesarkan di Felda Palong 7. Gemas, Negeri Sembilan. Beliau adalah wanita yang berasal dari keluarga yang sederhana. Bapa beliau dulunya adalah merupakan seorang ustaz dan guru agama di kawasan felda walaupun kini telah lumpuh. Manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Kesusahan hidup amat dirasai oleh beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik. Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, menjadikan beliau seorang yang matang dan tabah dalam mengenal erti sebuah kehidupan.

jenis perniagaan

- produk kecantikan

Apakah yang mendorong anda untuk terus mencipta kejayaan?

Anak-anak menjadi iltizam untuk saya terus berjuang meningkatkan pencapaian pendapatan dan ekonomi. Saya pernah menjadi wanita yang hanya mengikut perintah melakukan pelbagai pekerjaan tetapi apabila saya bangun dan berjalan, saya tidak akan menoleh lagi. Saya berjanji kepada anak-anak untuk menjadi ibu yang baik kerana dahulu saya kurang limpahan kasih sayang. Namun, saya belajar daripada pengalaman. Kasih sayang menjadi kunci kebahagiaan selama-lamanya.








link
http://muntahpelangi.blogspot.my/2012/05/kisah-kejayaan-pengasas-produk-sendayu.html

No comments:

Post a Comment